Khamis, 7 Januari 2016

Menarik tentang Kerjaya Pegawai Tadbir Diplomatik

Apa yang menarik dengan Kerjaya (PTD M41) Pegawai Tadbir Diplomatik?




Jika diperhatikan kerjaya PTD merupakan salah satu bidang kerja kerajaan yang menjadi idaman kebanyakan para lepasan graduan. Kita mungkin tertanya-tanya, mengapa kerjaya ini menjadi rebutan ramai calon. Apa yang ada di sebalik kerja yang bernama Pegawai Tadbir Diplomatik ini?

Terdapat kajian menyatakan , ramai graduan yang ingin bekerja sebagai PTD disebabkan skim gaji yang lumayan. Begitu juga kerana taraf tinggi jawatan ini kerana sentiasa berdampingan dengan ikon-ikon politik kerajaan. Ia boleh dianggap sebagai satu kerjaya berprofil tinggi, mungkin setaraf peguam, doktor ataupun jurutera.

Kesemua mereka yang terpilih dalam kerjaya PTD adalah yang terbaik antara yang terbaik. Akan disaring sebanyak tiga peringkat, iaitu peperiksaan ujian PTD, PAC (Pre Assessment Centre) dan Temuduga. Ia ibarat mencari permata di antara kaca sebagai contoh. Memang suatu proses yang agak mencabar.

Rakan sepejabat penulis dahulu pernah berhenti kerja dari jawatan eksekutif komunikasi korporat di tempat kerja lama semata-mata kerana ingin menyertai PTD yang beliau telah ditawarkan. Sungguh hebat penangan kerjaya PTD.

Mereka dinilai dari segi intelek, penampilan, percakapan dan penglibatan sosial. Gerak kerjanya termasuklah untuk menyusun dasar-dasar kerajaan. Calon-calon mestilah mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang terbaik, saling tak tumpah seperti tokoh politik yang berjiwa pemimpin. Mereka tidak lain dan tidak bukan, mestilah lulus peperiksaan PTD, PAC dan Temuduga.

Jika anda mahu bergaji besar dan kedudukan kewangan yg mantap PTD bukan lah pilihan yang utama sebenarnya , akan tetapi untuk jangka panjang ia boleh dijadikan sebagai titik fokus anda untuk menggapainya hingga berjaya.Segera dapatkan panduan Peperiksaan Online PTD dengan mendaftar di sini dahulu ya :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan