Sabtu, 2 Januari 2016

Apa Nak Tulis Dalam Resume Jika Tiada Pengalaman Kerja ?

 

Apa Nak Tulis Dalam Resume Jika Tiada Pengalaman Kerja ?

Memang buntu bila anda baru saja tamat pelajaran, akan tetapi bakal majikan anda mahukan calon yang berpengalaman. Jadi apa yang perlu ditulis dalam resume? Ini membuatkan , anda kurang yakin untuk memohon kerja. Memang betul, kebanyakan majikan lebih berminat dengan calon yang lebih berpengalaman, dengan ini masa dan tenaga latihan dapat dikurangkan. 

Namun begitu ini tidak menjadi halangan. Ada tips yang berkesan untuk membantu mereka yang tiada pengalaman kerja seperti anda. Iaitu dengan cara memberi tumpuan kepada kelebihan, kemahiran dan pendidikan anda. 

Senaraikan objektif kerjaya dan sambung terus kepada sejarah pendidikan anda. Himpunkan segala anugerah, kursus, seminar dan aktiviti yang pernah anda hadiri bagi menguatkan lagi permohonan kerja anda. Perincikan posisi yang telah anda jalankan dalam kelab atau persatuan yang anda terlibat.

Aktiviti di Kolej

Anda boleh masukkan jawatan sebagai ketua pengarah program suai kenal yang melibatkan kemasukan mahasiswa dan mahasiswi yang baru mendaftar di kolej atau universiti, sebagai contoh. Di sini anda perlu tunjukkan peranan anda, bagaimana mengurus dan membahagikan tugas di kalangan ahli yang terlibat semasa program tersebut.

Kongsikan kepada bakal majikan bahawa anda merupakan seorang yang boleh dipercayai, bertanggungjawab, amanah dan sanggup memikul kerja yang diberikan. Terangkan juga bagaimana strategi anda bila menghadapi sesuatu masalah dan cara tindakan untuk mencari jalan penyelesaian bersama dengan pasukan di bawah kepimpinan anda.

Penyelesaian Masalah

Boleh juga memasukkan situasi yang pernah berlaku semasa program. Contoh mudah ialah, anda pernah menjemput seorang tokoh kenamaan untuk merasmikan program tersebut. Tiba-tiba beliau tidak dapat hadir dan tiada pengganti di saat akhir. Maka di situ peranan anda untuk aturkan orang lain yang dihormati di kawasan tersebut untuk menjadi pengganti bagi merasmikan majlis.

Tak perlu bimbang dengan pengalaman kerja yang masih belum dimiliki. Beri fokus pada kekuatan diri termasuklah aktiviti-aktiviti yang pernah disertai di kolej atau universiti. Senaraikan perkara-perkara penting yang anda pernah jayakan . Jadinya , tiada pengalaman kerja bukanlah satu kekurangan kepada para lepasan belajar. Keluarkan potensi diri anda.

Untuk lebih informasi tentang Tips Penulisan Resume , sila tinggalkan Email di komen ya :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan