Selasa, 29 Disember 2015

Apa Perancangan Setelah Tamat Graduasi



Salah satu peristiwa bersejarah dalam hidup setiap pelajar adalah mendapat segulung kelayakan di hari graduasi. Pasti ada yang menangis gembira dan tak kurang yang berduka jika belum lagi dapat menamatkan pelajaran bersama rakan-rakan seangkatan.

Apa yang pasti, setiap diri masing-masing pasti mempunyai sasaran atau matlamat yang ingin dicapai selepas usai majlis graduasi. Ada juga yang seperti tidak kisah apa yang berlaku di depan, yang penting dapat lepas daripada alam persekolahan tinggi. Masing-masing mempunyai perspektif yang tersendiri.

Hasil daripada sijil yang diperolehi itulah yang menentukan hala tuju para pelajar di masa hadapan, sama ada akan berada dalam gelanggang yang serupa atau berada di lain-lain bidang yang dipelajari. Hanya masa yang akan menentukan. Adakah anda sudah berimpian untuk kejayaan kerjaya anda?

Berimpian itu suatu Kemestian!

Setiap kejayaan itu pasti bermula dengan sekecil-kecil impian. Contoh, untuk membeli motorsikal itu adalah impian. Caranya sama ada meminjam wang ataupun bekerja untuk mendapatkan wang. Persoalannya kini, sudahkah impian yang anda rancangkan sudah tercapai? Atau ia masih berada dalam mimpi yang belum sempat di catatkan di atas kertas A4?

Ramai pakar mengatakan , impian itu suatu pemangkin untuk kita berusaha mencapainya. Ia semudah memejamkan mata dan membayangkan anda sudah mendapat apa yang diimpikan. Ianya adalah titik tolak kepada kejayaan-kejayaan anda yang lebih besar.

Sebelum adanya kapalterbang, manusia mengimpikan untuk punyai sepasang sayap seperti burung. Sebelum adanya kereta, manusia mengimpikan untuk pergi sehingga ke hujung dunia. Anda pun begitu, perlu mengimpikan sesuatu yang mustahil untuk dicapai, dan kuasa Tuhan jua yang mengatasi segala-galanya.

Jika impian yang anda impikan masih belum tercapai, apakah agaknya yang menjadi halangan untuk anda mencapai impian itu? Setiap halangan itu pasti ada jalan keluar. Semoga anda terus berani untuk berimpian.

Apa sebab Impian Mat Jenin tidak menjadi? Ia kerana , dia hanya berani bermimpi tapi tidak mampu untuk zahirkan mimpi yang dia impikan itu, yang mengakibatkan dia jatuh pokok dan impian tidak ke mana-mana. Jadi, ayuh buktikan impian kita tidak sekadar mimpi ya!

NAK TAHU Strategi Dapat Kerja Kerajaan? Tinggalkan Email di ruangan Komen untuk kami bongkarkan RAHSIA ini PERCUMA!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan