Rabu, 30 Disember 2015

13 Kesilapan Yang Perlu Dielakkan Ketika Remaja



Pasti anda pernah melalui zaman remaja bukan? Atau anda sedang mengalaminya sekarang. Ataupun anda bakal melaluinya sikit masa lagi. Zaman remaja adalah waktu yang sangat menyeronokkan. Ketika inilah kita anggap diri kita telah berubah dari zaman kanak-kanak yang sentiasa dijaga rapi hinggalah segala-galanya tak perlu lagi di bawah pemantauan orang tua. Pada masa inilah anda sepatutnya mula merancang untuk kehidupan yang lebih baik di masa depan atau terus lalai untuk bersuka-ria.

Terdapat 15 kesilapan terburuk zaman remaja yang sering terjadi semasa seseorang itu melangkah masuk ke alam remaja. Anda mungkin boleh elakkannya sementara masih remaja, jika anda sudah meningkat dewasa, masa emas itu tidak mungkin dapat diputar kembali. Jadi sila beri perhatian ya :)

Tips-tips yang ditulis ini telah dikoleksikan daripada para ilmuwan yang berbentuk nasihat. Ia perlu dielakkan bagi mengembangkan ciri-ciri profesional dan hidup secara positif secara terus menerus.

1. Mengharap pada Pendidikan dan Bakat Sahaja Tidak Menjamin Anda Berjaya
Bakat semulajadi, kebijaksanaan dan ijazah dari universiti memang bagus jika dimiliki. Namun ia  bukanlah tiket sebenar untuk anda mendapatkan kerja terbaik. Itu semua tak dapat dibandingkan dengan kerja keras. Apabila anda sudah mulai tua, anda akan sedar bahawa anda tidak lagi boleh berpeleseran seperti di zaman kolej atau sekolah. Aktiviti minum teh di waktu malam boleh menjadi sesuatu yang tidak baik. Gejala rokok, vape dan diet yang tidak sihat memungkinkan kehidupan sosial anda semakin terpesong.

2. Kurang Amalan Menabung Sejak Awal
Hasil tinjauan rawak kepada 1000 orang, 69% daripada mereka yang berumur 18 hingga 29 tahun tidak membuat simpanan awal. Memang benar waktu persaraan masih jauh, namun langkah menyimpan wang untuk persaraan adalah untuk diri anda sendiri juga. Jika anda tidak melakukannya hari ini, pasti anda tidak dapat menentukan kepentingannya di masa depan. Tidak perlu membuat simpanan yang terlalu tinggi sebagai titik mula, mungkin boleh bermula dengan jumlah yang kecil dahulu. Kemudian berdikit-dikit.

3. Mudah Teruja Dengan Wang di Tangan
Wang gaji sememangnya mampu membuat anda gembira, tetapi anda perlu tahu bahawa lebih banyak kegembiraan yang jauh lebih bermakna berbanding mempunyai wang. Lama kelamaan anda akan mulai sedar kerana terlalu mengejar wang berbanding kebajikan diri anda dan orang lain.

4. Mudah Berputus Asa Dilanda Cabaran yang Semakin Sukar
Putus hubungan dengan cinta hati, dibuang kerja dan terjatuh dalam dunia bisnes boleh meranapkan impian anda bila ia berlaku buat pertama kali. Berhenti dari rasa berputus asa dan cuba sasarkan target yang lebih rendah di lain masa, jadikan kegagalan pertama anda sebagai batu loncatan untuk anda capai kejayaan yang lebih tinggi. Bersusah-susah dahulu.

5. Tidak Berani Menetapkan Keputusan Sendiri
Bila anda baru hendak memulakan karier anda dan masih belum jelas arah mana yang perlu dituju, barangkali anda terpaksa membiarkan orang lain menentukan jalan anda. Usah biarkan orang lain mempengaruhi matlamat anda. Jika orang lain yang menentukan arah anda, sudah pasti anda akan terus dibayangi pengaruh orang lain. Keluarkan potensi diri anda sebaiknya.

6. Tidak Sabar
Perkahwinan di awal usia ada baiknya, kerana mungkin dapat mengelakkan perkara-perkara yang tak diingini, lebih-lebih lagi di kalangan anak gadis sunti. Tetapi anda tidak semestinya perlu berkahwin terlalu muda. Bersabarlah sementara kerjaya anda baru bermula. Fokus pada perancangan jangka pendek. Jika betul-betul hendak berkahwin , anda mesti bersedia dengan kewangan yang kukuh , tempat yang selesa dan pembahagian masa yang cukup. Jika belum mampu , baik ditangguhkan dulu.

Ada juga yang mahu memiliki kereta. Baru keluar universiti sudah merancang untuk membeli kereta baru. Bukan jenama tempatan jadi pilihan, tapi jenama dari luar negara. Memiliki kereta memang semudah ABC, tapi untuk kos minyak, tol dan selenggara bulanan boleh membocorkan poket anda. Carilah pengangkutan yang bukan sekadar mampu milik, tapi mampu bayar, mampu jimat dan mampu selenggara. Bukan sekadar jadi daya penarik di mata masyarakat semata-mata , tapi diri sendiri terpaksa mengikat perut. Wang belanja ibu bapa apatah lagi. Silap haribulan mereka pula yang memberi kepada anda.

7. Ingin Puaskan Hati Semua Pihak
Berkawan dengan rakan sekolah, rakan sekolej atau rakan sekerja boleh memberi manfaat kepada anda. Tapi bukan setiap masa anda boleh bersama dengan semuanya. Sebaik sahaja anda mula bekerja, sudah menjadi kebiasaan untuk anda berkawan dengan majikan, rakan sekerja, pelanggan dan pekerja di bawah anda. Daripada anda terasa hati dengan seseorang yang tidak sukakan anda, terima sahaja dan jalan terus. Jika ada seseorang yang membenci anda, itu adalah sesuatu yang normal. Hentikan kerisauan tentang perkara tersebut dan teruskan sahaja kehidupan anda.

8. Percaya Semangat Setiakawan Selamanya
Benarkah rakan sekolah dan sekampung akan menjadi rakan baik sepanjang hidup anda? Belum tentu lagi. Sebahagian besar dari mereka akan menjadi tonggak keluarga. Mungkin bila rakan anda sudah tidak tinggal di daerah yang sama, anda akan sedar siapa yang lebih penting dalam hidup anda dan berusaha untuk mengekalkan hubungan dengan mereka pula.

9. Selesaikan Masalah dengan Berpindah ke Tempat Baru
Mengembara dan tinggal di suatu tempat boleh menambah pengalaman. Harus diingat ia adalah aktiviti yang memerlukan kos wang dan masa. Pada usia 20an adalah waktu yang terbaik untuk anda untuk mencari makna dan arah kerjaya anda. Carilah kerja atau bisnes yang boleh memberikan anda peluang untuk menjana wang dan mengembara sekaligus.

10. Impak Perhubungan Persekitaran
Penting untuk anda membina hubungan dengan rakan sekolej dan rakan dari industri yang berbeza. Tinggal tetap dalam sesuatu bidang hanya akan berputar di dunia sendiri. Usahakanlah untuk keluar dari kepompong kebiasaan. Orang di sekeliling anda boleh memberi impak secara langsung terhadap kejayaan dan kegagalan anda. Kesannya boleh dilihat dari cara anda berpakaian dan berapa banyak latihan yang anda buat. Jika anda mahu hidup dalam kejayaan dan kegembiraan, anda perlu menguasai pembinaan hubungan dengan orang baik yang menghormati anda dan lepaskan hubungan dengan orang yang negatif.

11. Memilih Jodoh yang Terlalu Sempurna
Sukar untuk anda temui jodoh yang betul-betul sempurna. Setiap insan pasti ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Ada remaja yang mengambil keputusan untuk bersendirian pada usia 20an hingga lewat 30an. Yang lain sudah mula memiliki teman sejiwa. Sebahagian lagi hanya berfantasi untuk hubungan yang main-main. Ketahuilah hubungan perkahwinan yang bermakna memerlukan dedikasi dan komitmen jangka masa yang panjang. Pengorbanan mesti dilakukan dari masa ke semasa dan bukan hanya sekali sekala. Pelajari ilmu dalam perhubungan rumahtangga, sudah pasti anda lebih bersedia.

12. Perancangan Setahun Awal
Tetapkan matlamat dengan tempoh yang singkat. Jangan ambil masa terlalu lama seperti contoh 5 tahun, ia adalah kerja gila. Cuba cari matlamat yang boleh dicapai dalam masa yang singkat.

13. Fikir Orang Berjaya Tidak Perlu Berusaha
Antara mereka yang berusia 20an masih berfikir yang hanya mereka perlu berusaha keras untuk berjaya. Sebenarnya tidak, setiap orang akan sentiasa berusaha untuk berjaya dan mengekalkan kejayaan. Tidak kira muda ataupun yang tua.

Nak Lagi Tips Hebat ? Sila Tinggalkan Emel anda Untuk Kami Beri Info-Info Percuma!

Kelayakan Temuduga PTD M41 Untuk Wanita Hamil



Adakah Saya Layak ke Temuduga Jika Saya Hamil ?

Ya, sudah pasti nya layak. Melainkan anda hamil setelah dipanggil untuk berkursus kerana anda akan ditangguhkan dari mengikuti kursus. Ini disebabkan aktiviti kursus yang agak berat dan padat seperti tentera, polis dan bomba, yang mungkin boleh memudaratkan kesihatan anda.

Benarkah Kehamilan Boleh Mempengaruhi Markah Ujian Fizikal Saya ?

Untuk kehamilan tidak semestinya ia mempengaruhi. Akan tetapi keadaan fizikal anda mungkin mempengaruhi. Kehamilan tidak sepenuhnya mempengaruhi jika anda berkeyakinan, tampil bergaya serta berani melontarkan idea-idea yang bernas dan kreatif.

Pernah berlaku, terdapat peserta kursus Pegawai Tadbir Diplomatik yang berbadan obes tetapi berpenampilan hebat, bergaya dan penuh yakin membuatkan beliau terpilih. Pastikan anda hadir segar , bertenaga serta berkeyakinan semasa ujian, kerana faktor pertama dalam pemilihan calon adalah penampilan segar anda yang akan memberi kesan samaada negatif atau positif.

Patutkah Saya Menghubungi Urusetia Untuk Peratusan Kelayakan Saya Menghadiri Temuduga ?

 Tiada masalah. Sudah pasti boleh. Sekurang-kurangnya anda mendapat penjelasan sama ada anda layak untuk hadir atau ditangguhkan sementara untuk memberi laluan kepada kelahiran dan berpantang , yang mana terdahulu.

Nak Tahu Lagi Tips Temuduga PERCUMA? Sila Tinggalkan email di ruangan komen.

Selasa, 29 Disember 2015

Apa Perancangan Setelah Tamat Graduasi



Salah satu peristiwa bersejarah dalam hidup setiap pelajar adalah mendapat segulung kelayakan di hari graduasi. Pasti ada yang menangis gembira dan tak kurang yang berduka jika belum lagi dapat menamatkan pelajaran bersama rakan-rakan seangkatan.

Apa yang pasti, setiap diri masing-masing pasti mempunyai sasaran atau matlamat yang ingin dicapai selepas usai majlis graduasi. Ada juga yang seperti tidak kisah apa yang berlaku di depan, yang penting dapat lepas daripada alam persekolahan tinggi. Masing-masing mempunyai perspektif yang tersendiri.

Hasil daripada sijil yang diperolehi itulah yang menentukan hala tuju para pelajar di masa hadapan, sama ada akan berada dalam gelanggang yang serupa atau berada di lain-lain bidang yang dipelajari. Hanya masa yang akan menentukan. Adakah anda sudah berimpian untuk kejayaan kerjaya anda?

Berimpian itu suatu Kemestian!

Setiap kejayaan itu pasti bermula dengan sekecil-kecil impian. Contoh, untuk membeli motorsikal itu adalah impian. Caranya sama ada meminjam wang ataupun bekerja untuk mendapatkan wang. Persoalannya kini, sudahkah impian yang anda rancangkan sudah tercapai? Atau ia masih berada dalam mimpi yang belum sempat di catatkan di atas kertas A4?

Ramai pakar mengatakan , impian itu suatu pemangkin untuk kita berusaha mencapainya. Ia semudah memejamkan mata dan membayangkan anda sudah mendapat apa yang diimpikan. Ianya adalah titik tolak kepada kejayaan-kejayaan anda yang lebih besar.

Sebelum adanya kapalterbang, manusia mengimpikan untuk punyai sepasang sayap seperti burung. Sebelum adanya kereta, manusia mengimpikan untuk pergi sehingga ke hujung dunia. Anda pun begitu, perlu mengimpikan sesuatu yang mustahil untuk dicapai, dan kuasa Tuhan jua yang mengatasi segala-galanya.

Jika impian yang anda impikan masih belum tercapai, apakah agaknya yang menjadi halangan untuk anda mencapai impian itu? Setiap halangan itu pasti ada jalan keluar. Semoga anda terus berani untuk berimpian.

Apa sebab Impian Mat Jenin tidak menjadi? Ia kerana , dia hanya berani bermimpi tapi tidak mampu untuk zahirkan mimpi yang dia impikan itu, yang mengakibatkan dia jatuh pokok dan impian tidak ke mana-mana. Jadi, ayuh buktikan impian kita tidak sekadar mimpi ya!

NAK TAHU Strategi Dapat Kerja Kerajaan? Tinggalkan Email di ruangan Komen untuk kami bongkarkan RAHSIA ini PERCUMA!